5 Manfaat Minyak Pati Lavender

Lavender adalah salah satu daripada ubat semulajadi yang mempunyai banyak manfaat. Ekstrak lavender boleh digunakan pada kulit, rambut dan terapi minda. Berikut adalah 5 manfaat minyak pati Lavender.

>>Click here for English<<<

Mengurangkan Stress

Stress tak dapat balik beraya rumah ibu bapa kerana faktor kerja mungkin termasuk salah satu faktor stress. Ada juga anak yang stress kena buat homework tentang hari kemerdekaan semasa waktu cuti sekolah. Stress yang berlarutan akan menyebabkan migrain.

Lavender mempunyai aroma menenangkan yang amat sesuai bagi minda. Ia telah digunakan secara meluas di dalam aromaterapi untuk mengurangkan masalah over-thinking dan menenangkan minda. Anda patut mempunyai bauan minyak pati lavender di dalam pejabat anda atau bilik tidur.

Mengurangkan Rasa Gelabah

Sekiranya anda mempunyai masalah gelabah atau gemuruh semasa meeting atau pun semasa pembentangan, anda seharusnya mempunyai aroma lavender di dalam poket anda bagi mengawal rasa gelabah atau gemuruh.

Mengurangkan Migrain

Migrain terjadi atas beberapa sebab. Punca berlakunya migrain atau sakit kepala adalah daripada perasaan stres, tekanan darah rendah dan juga cuaca. Lavender amat sesuai bagi mereka yang mengalami rasa sakit kepala.

Mengurangkan Insomnia

Lavender mempunyai aroma yang menenangkan di mana anda boleh tidur dengan mudah dan mengurangkan rasa insomnia pada waktu malam. Anda akan mempunyai tidur yang berkualiti dan rehat yang cukup. Badan anda akan berasa lebih bertenaga dan segar sekiranya akan mempunyai tidur yang berkualiti. Ini merupakan manfaat minyak pati lavender.

Anda patut makan makanan ini sekiranya anda ada insomnia.

Mengurangkan Kegatalan

Lavender mempunyai sifat anti-keradangan yang boleh mengurangkan rasa kegatalan pada kulit dan mempercepat proses penyembuhan.

Selain lavender, ara tanah juga mempunyai khasiat anti-radang yang berpotensi untuk digunakan.

Menarik kan? Jom cuba aromaterapi lavender. Anda mungkin dapat merasai perubahannya.

Jom follow and like us on Instagram aromedymalaysia and Facebook aromedymalaysia !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top