AROMEDY-Malaysia_aromatherapy-benefits_manfaat-aromaterapi

Manfaat Aromaterapi Untuk Cara Hidup Terkini

Dunia bergerak pantas pada hari ini. Cara hidup terkini yang amat sibuk boleh mempengaruhi prestasi dan mood anda. Lebih parah lagi, apabila ia boleh membawa kepada insomnia atau mengganggu masa tidur anda.

>>>Click here for English<<<

Sekiranya anda mempunyai cara hidup yang sibuk, anda patut mempertimbangkan aromaterapi sebagai salah satu rutin hidup anda. Terdapat banyak manfaat aromaterapi dan ianya sesuai dengan cara hidup bandar yang sibuk.

Maksud Aromaterapi

Aromaterapi adalah salah satu cara terapi yang menggunakan aroma atau bauan daripada minyak pati semulajadi yang membantu anda untuk tidur dan mengurangkan stress daripada gaya hidup yang sibuk. Ia meransang otak untuk menjadi tenang melalui hidung yang menghidu aroma yang menenangkan.

Minyak Pati

Minyak pati dihasilkan daripada bahan mentah seperti bunga, herba dan bahagian pokok seperti dahan dan akar. Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan ekstrak minyak pati. Antara teknik yang terkenal untuk menghasilkan ekstrak minyak pati ialah teknik water distillation.

Teknik ini menggunakan bahan mentah yang banyak bagi menghasilkan minyak pati. Kurang daripada 1% sahaja minyak pati yang dapat dihasilkan daripada bahan mentah melalui proses water distillation. Sekiranya anda tahu teknik ini, anda boleh melakukannya di rumah. Homemade aromaterapi gitu.

Antara bauan minyak aromaterapi yang terkenal ialah Beri, Limau dan Lavender.

Manfaat Aromaterapi

Aromaterapi mempunyai banyak manfaat. Mereka yang mempraktiskan aromaterapi dalam kehidupan mereka akan mempunyai kehidupan yang lebih sihat berbanding yang lain. Aromaterapi dapat mengurangkan stress dan memberi ketenangan minda. Oleh itu, sekiranya anda mengamalkan aromaterapi, anda boleh menikmati tidur yang berkualiti dan mengurangkan insomnia.

Produk Aromaterapi

Aromaterapi bukan hanya minyak pati semata-mata. Minyak pati adalah bahan utama yang diperlukan di dalam aromaterapi. Terdapat juga produk lain selain minyak aromaterapi seperti lilin aromaterapi, mandian bom aromaterapi, krim aromaterapi, losyen aromaterapi, roll on aromaterapi dan juga spray bantal aromaterapi.

Rumusan

Aromaterapi terdapat banyak kelebihan yang boleh diperolehi. Ia dapat meransang minta untuk kekal fokus dan aktif. Selain itu, insomnia dan stress juga dapat dikurangkan dengan menggunakan aromaterapi. Cubalah dan kongsi pengalaman di sini.

Jom follow dan like AROMEDY di Instagram dan Facebook!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top