Selamat Hari Raya Aidiladha 2018

Tarikh Hari Raya Haji atau dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha 2018 dijangka bermula pada waktu maghrib 21 Ogos 2018. Kalau mengikut culture di Malaysia, ramai ibu bapa yang akan mengambil cuti raya haji 2018. Majoriti penduduk akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tersayang.

Masa cuti sekolah Hari Raya Aidiladha, selalunya sekolah akan bagi kerja sekolah seperti karangan sambutan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman. Adik-adik pastikan siapkan kerja sekolah semasa cuti tau. Nanti menyesal pula. Jom kita tahu maksud Hari Raya Aidiladha untuk menghayati sambutan pada tahun 2018.

Maksud Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan sambutan perayaan kedua terbesar bagi Muslim selepas Hari Raya Aidilfitri. Perayaan Hari Raya Haji ini disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah dan diikuti dengan solat sunat Aidiladha pada siang hari.

Ibadah korban bermula pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Bagaimana Hari Raya Aidiladha boleh bermula?

Ibadah ini adalah bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menjalankan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya iaitu Nabi Ismail dalam memenuhi perintah-Nya.

Cerita ini boleh dibaca di dalam Surah As-Saffat bermula ayat 100 – 107 dan maksudnya lebih kurang dengan berikut:

‘Wahai Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang yang soleh.’ Maka, Kami memberi khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sabar (Ismail).

Maka, ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, ‘Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah bagaimana pendapatmu!’

Dia (Ismail) menjawab, ‘Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar.’

Maka, ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya, (untuk melaksanakan perintah Allah). Lalu, Kami panggil dia, ‘Wahai Ibrahim! Sungguh, engkau telah membenarkan mimpi itu.’

Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar ujian yang nyata. Dan, Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Berkat kesungguhan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah, maka Allah menggantikan tempat pembaringan Nabi Ismail itu dengan binatang kibas.

Inilah sejarah Hari Raya Aidiladha bagi pensyariatan korban yang dilakukan setiap tahun di seluruh dunia bagi umat Islam.

Hari Tasyrik

Untuk pengetahuan, 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah merupakan Hari Tasyrik. Hari Tasyrik ialah hari yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam.

Dah jelas dengan maksud Hari Raya Aidiladha? Semoga kita dapat melakukan korban yang sempurna pada tahun ini.

“Nak, telekung dah. Korban dah. Mak teringin nak pakai AROMEDY sebab kaki mak ni sakit sangat. Nak sujud pun susah.”

Klik sini untuk lihat Krim Ara Tanah AROMEDY untuk mak yang ada sakit kaki. Boleh tengok testimoni sakit kaki kat sini.

Kami dari AROMEDY Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2018 kepada seluruh Muslim terutamanya kepada rakyat Malaysia yang berada di Malaysia dan luar negara.

Semoga kita dapat melakukan ibadah Hari Raya Haji 2019 akan datang.

Jom follow dan like kami di Instagram dan Facebook!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to top